BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 24, 2011

PERUBAHAN SETELAH MEMELUK ISLAM

Selepas berkahwin, Puan Jasmina banyak mempelajari tentang ilmu keagamaan daripada  arwah suaminya sendiri  iaitu dengan  mendidiknya mengikut cara Islam yang betul dan yang paling utama ialah mengerjakan solat 5 waktu dan mengajarnya berpuasa di bulan Ramadhan serta turut mengajarnya membaca Al-Quran. 
Sebelum memeluk Islam Puan Jasmina tidak bertudung dan setelah dididik oleh arwah suaminya Puan Jasmina membuat keputusan untuk bertudung kerana mengganggap bahawa menutup aurat merupakan satu tanggungjawab bagi setiap umat Islam. 
Beliau mengaku bahawa beliau tidak pernah menghadapi kesulitan dengan tudungnya malah merasa senang hati bila memakainya. Selepas suaminya kembali ke rahmatullah, beliau tidak keseorangan dan tidak pernah merasakan agama Islam luntur daripada hatinya. Beliau terima dengan redha pemergian suaminya itu. Walaupun suaminya sudah tiada, beliau masih meneruskan lagi dengan mendalami ilmu  agama dengan cara menghadiri kelas fardhu ain atau usrah pada hujung minggu. 
Jika berkelapangan, beliau juga akan melibatkan diri dalam Qiamullail dan menghadiri ceramah agama di masjid berdekatan rumahnya. Beliau tidak pernah merasakan aktiviti yang dijalankan tersebut membebankan malah beranggapan semua itu  sebagai santapan rohani kepada dirinya disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang keagamaan dengan lebih mendalam lagi.

0 comments: