BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 25, 2011



Tajuk: MUALAF
Disediakan Untuk: Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Disediakan Oleh: Syaidah Roslina Yom Bt Oslan
No. Matrik: 2010694544
Kumpulan:BMB2Bc
Program: Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
(Pengurusan Sumber Manusia)
Tarikh Serahan: 2 march 2011

ISI KANDUNGAN

~Abstrak
~Pendahuluan
~Pengenalan
~Mengapa Memeluk Islam??
~Dugaan Dihadapi
~Penyelesaian
~Perubahan Setelah Memeluk Islam
~Penutup




Tajuk > MUALAF .

ABSTRAK

Sebagai Muslim baru, mereka memerlukan teman, tempat berlindung, dan juga pembimbing untuk mendalami agama Islam. Orang-orang yang baru saja berhijrah ke dalam Islam, memerlukan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari ancaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara mudah. Kisah ini menceritakan kehidupan seorang mualaf ketika dan selepas menganut Islam. Beliau terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan cemuhan daripada keluarganya demi mengahwini suami beliau ketika hendak memeluk Islam. Selepas berkahwin, beliau diuji oleh  Allah dengan kehilangan suaminya yang tercinta.  Namun,ujian tidak mematahkan hati dan semangat  beliau untuk terus mendalami agama Islam dengan lebih mendalam lagi  sehingga sekarang.


   

PENDAHULUAN

Tidak banyak yang memahami keperluan mualaf, padahal sebagai Muslim baru, mereka memerlukan teman, tempat berlindung, dan juga pembimbing. Orang-orang yang baru saja berhijrah ke dalam Islam, memerlukan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari ancaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara mudah. Oleh yang demikian, saya telah meluangkan masa berbual dengan seorang muallaf dengan berkongsi pengalaman beliau  ketika memeluk Islam dan juga cabaran  yang dihadapi sepanjang memeluk Islam.
   
  

PENGENALAN

 Nama asal beliau sebelum memeluk Islam ialah Ang Lian Hok. Nama Islamnya kini ialah Jasmina Ang binti Abdullah dan berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau sekarang berusia 53 tahun. Bekerja sebagai sales consultant. Merupakan anak ke-6  daripada 7 orang adik beradik. Pendidikan tinggi beliau adalah  Penilaian Menengah Rendah.  Beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki Islam iaitu  Encik Hamid bin Ibrahim. Hasil daripada perkahwinan, mereka telah dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu 4 lelaki dan seorang perempuan .

                                          Puan Jasmina bersama anak perempuannya


 


                                                        
                                                   Puan Jasmina Ang Binti Abdullah

Thursday, February 24, 2011

MENGAPA MEMELUK ISLAM??

  Puan Jasmina memeluk Islam kerana telah berkahwin dengan seorang  lelaki Islam
 iaitu Encik Hamid Bin Ibrahim. Beliau telah memeluk Islam selama 31 tahun sejak berumur 22 tahun lagi.

DUGAAN DIHADAPI

Perkahwinan Puan Jasmina bersama Encik Hamid mendapat tentangan hebat daripada  keluarga Puan Jasmina sendiri. Yang pasti, keluarga Puan Jasmina mempunyai persepsi yang 
berbeza tentang Islam dan perkara ini mengundang  salah faham antara satu sama lain.
Pada mulanya keluarga beliau tidak dapat menerima hakikat  bahawa beliau telah memeluk Islam kerana mereka salah faham tentang Melayu dan Islam. Mereka berpendapat bahawa apabila Puan Jasmina berkahwin dengan lelaki Islam iaitu orang Melayu akan membuatkan Puan Jasmina jatuh miskin kelak. Implikasinya, Puan Jasmina terpaksa berdepan dengan pandangan serong dan cemuhan daripda ahli keluarga serta saudara-maranya sendiri. Seterusnya, beliau telah  diuji oleh Allah iaitu dengan kehilangan   suaminya  yang telah kembali ke rahmatullah ketika beliau berumur 45 tahun. Walaubagaimanapun,  beliau tabah dan redha dengan takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan dan percaya bahawa ada hikmah disebaliknya.

Seterusnya, beliau telah 

PENYELESAIAN

Walaupun cemuhan daripada ahli keluarga dan saudara-mara yang lain, beliau tetap bersyukur kerana keluarganya masih mahu menerimanya lagi. Namun , beliau tidak pernah menyerah atau berputus asa malah semakin yakin dengan kebenaran Islam. Setiap kali cemuhan yang diterima, beliau tetap bersabar dan masih bermanis muka dihadapan ahli keluarga yang lain.  Alhamdulillah berkat daripada doa, keluarganya kini sudah dapat menerima perubahannya dengan rela hati kerana kagum melihat sikap peribadi yang ditunjukkannya iaitu sentiasa tenang dan bersabar menghadapi cemuhan daripada  keluarga. Kini keluarganya sedar bahawa Islam itu indah dan tidak pernah mengajar umatnya bermusuhan  sesama  manusia apatah lagi sesama keluarga. Syukur alhamdulillah kerana berkat kesabarannya sendiri membuatkan dua orang daripada adik beradiknya sendiri  turut serta memeluk Islam.  Tidak ada perkataan yang mampu beliau luahkan untuk menggambarkan perasaannya saat itu, hanya air mata kesyukuran yang tumpah mengiringi keredaannya memilih Islam sebagai pegangan hidup. Akuinya, ia mendamaikan hati malah semakin yakin dengan apa yang dilakukan.  Seringkali berdoa beliau pernah berharap agar kesemua daripada ahli keluarganya akan turut terbuka hati untuk memeluk Islam bersama-sama dengannya.  

PERUBAHAN SETELAH MEMELUK ISLAM

Selepas berkahwin, Puan Jasmina banyak mempelajari tentang ilmu keagamaan daripada  arwah suaminya sendiri  iaitu dengan  mendidiknya mengikut cara Islam yang betul dan yang paling utama ialah mengerjakan solat 5 waktu dan mengajarnya berpuasa di bulan Ramadhan serta turut mengajarnya membaca Al-Quran. 
Sebelum memeluk Islam Puan Jasmina tidak bertudung dan setelah dididik oleh arwah suaminya Puan Jasmina membuat keputusan untuk bertudung kerana mengganggap bahawa menutup aurat merupakan satu tanggungjawab bagi setiap umat Islam. 
Beliau mengaku bahawa beliau tidak pernah menghadapi kesulitan dengan tudungnya malah merasa senang hati bila memakainya. Selepas suaminya kembali ke rahmatullah, beliau tidak keseorangan dan tidak pernah merasakan agama Islam luntur daripada hatinya. Beliau terima dengan redha pemergian suaminya itu. Walaupun suaminya sudah tiada, beliau masih meneruskan lagi dengan mendalami ilmu  agama dengan cara menghadiri kelas fardhu ain atau usrah pada hujung minggu. 
Jika berkelapangan, beliau juga akan melibatkan diri dalam Qiamullail dan menghadiri ceramah agama di masjid berdekatan rumahnya. Beliau tidak pernah merasakan aktiviti yang dijalankan tersebut membebankan malah beranggapan semua itu  sebagai santapan rohani kepada dirinya disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang keagamaan dengan lebih mendalam lagi.

PENUTUP

Terjemahan:


tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam),sesungguhnya telah
jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat..''




Sebagai kesimpulan, kita hendaklah sentiasa bersyukur kerana telah dilahirkan sebagai umat Islam kerana ada diantara rakan-rakan kita yang lain masih belum menemui sinar kehidupan. Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Islam tidak memaksakan seseorang untuk memilihnya. Islam mengajar umat manusia untuk berfikir tentang kebenaran dan hakikat penciptaan alam semesta. Oleh  yang demikian,  pencipta alam semesta itulah yang layak untuk disembah.  Allah telah berjanji bahawa, Dia akan memberikan hidayah kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya.  Apabila hidayah itu akan diberikan, tidak ada yang sanggup mencegahnya. Hidayah boleh diberikan kepada sesiapa saja dan hanya yang mendapat hidayah sahaja akan sedar tentang perubahan dirinya sendiri. Puan Jasmina merupakan salah seorang yang telah  mendapat hidayah daripada Allah SWT.


RUJUKAN
~Puan Jasmina 
~Ustaz Abdul Aziz
~Rakan-rakan
~Internet


RUJUKAN

v  Puan Jasmina
v  Ustaz Abdul Aziz
v  Rakan-rakan
Internet